Monday, March 7, 2011

Keluarga Angkat II

sumber: http://yuyushira.blogspot.com

Kesinambungan spesifik daripada entri lepas. Program Kampung Angkat PSS&KRU cawangan Kota Kinabalu.

5 MAC
Hasil pembahagian, kumpulan kami yang dianggotai oleh 3 orang muslimat di'angkat' oleh keluarga mama Hamisah dan ayah Hermansyah. Keluarga yang cukup harmoni sungguhpun hidup dalam keadaan 'cukup-cukup makan'. Hanya ayah yang menanggung seluruh isi rumah. Mama pula lebih mementingkan penjagaan anak keempat mereka. Seorang penghuni syurga, kanak-kanak istimewa :)

Kami diajak mesra menginap dirumah mereka. Memikirkan soal diri yang mungkin menjadi beban, mama seperti memahami kerisauan kami. Sedikit demi sedikit kami merasakan kesenangan mama mengambil kami sebagai anak angkat.

"Makcik suka betul dengan gaya kamu yang banyak cakap ni" statement yang banyak kali diulang diiringi tawa kecil. Anggaplah satu pendekatan permulaan yang kena. Itulah pesan senior yang kami pegang, 'malu biar bertempat'.

Seharian itu banyak diselitkan dengan sesi suai mesra. Ta'aruf itukan secara berterusan.

6 MAC
Agenda kami bermula seawal jam 4, dikala bulan masih sibuk membuat persembahan. Kami juga sibuk menyediakan diri untuk bertemu dengan Pencipta. Diawal pagi itu, masing-masing berusaha meminimumkan langkah meniti papan yang berbunyi bila dipijak. Takut tuan rumah berasa kurang selesa. Usai qiam, seruan sembahyang subuh pula berkumandang. Kemudiannya, sempat juga kami membuat sedikit perkongsian berkenaan matlamat hidup bersama anak-anak keluarga angkat baru.

Hidup di kampung bersama keluarga baru, pandai-pandailah membawa diri. Mujur sejuk pagi yang mengigit membantu dalam mengurangkan bilangan orang yang berebut untuk berhemat diri.

Berbekalkan semangat pagi, saya meminta izin dari keluarga angkat untuk berlegar-legar di sekitar rumah. Takut nanti dicari-cari sementara menanti yang lain bersiap untuk sarapan bersama.

Suasana kampung, nyaman dan tenang. Embun mencair membawa kesejukan pagi. Matahari pagi masih malu-malu memancarkan sinar di balik puncak banjar. Kesegaran ditiup semilir angin menghidupkan alam dengan bunyian burung dan pohon yang berlambaian.

Lihatlah alam..tidak pernah berhenti bekerja. Juga banyak membantu manusia siang dan malam.

Banyak perkara baru yang saya perolehi bila berada di suasana ini. Sepanjang di program ini. Membuka mata lebih luas dan minda lebih dalam. Menambah pengalaman berinteraksi dengan lebih efficient. Mungkin perasaan yang sama juga pada sahabat-sahabat yang lain.

Keagungan Allah itu di mana-mana. Cuma di kampung ini cukup indah dalam menikmati pelbagai kebesaran Allah. Betapa tingginya nilai kasih sayang berbanding harta benda. Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah masih pinjamkan sejak dari dilahirkan. Hinggakan alam juga terasa seperti turut bercerita akan kepatuhannya kepada arahan Pencipta.

pemandangan dari muka pintu

kiri yang tinggi itu rumah kami. berwarna hijau putih.

anak-anak kampung, mencari rezeki di awal pagi. wajar dicontohi

.seluruh ahli keluarga. bersongkok berbaju merah itu paling istimewa.

Hati sudah bertaut, insyaAllah niat dihati memang mahu bertandang lagi. Masih ada yang perlu diisi. Semoga Allah masih memberi ruang kepada kami untuk berkhidmat di sini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More