Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
12 Ogos 2012 – Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Kota Kinabalu telah berjaya mengadakan Flash mob berkenaan isu Syria pada pukul 5 petang pada hari berkenaan. Bertempat di Bazaar Ramadhan Taman Indah Permai, program ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat akan situasi sebenar yang berlaku di bumi bergolak tersebut.
Program ini
merupakan aturan daripada Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria
(PPMS) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Tindakan perkongsian
ini bertujuan untuk menyebarkan perihal yang berlaku di Syria memandangkan
masih ramai lagi di antara masyarakat setempat yang belum mengetahui isu global
umat yang berlaku di sana. Ini sedikit sebanyak akan dapat membuka mata dan
minda masyarakat agar lebih prihatin dan bertindak menyokong kebangkitan rakyat
yang menentang kezaliman di sana.
![]() |
Antara aksi yang sempat digambar dalam Flash Mob |
![]() |
Syahid~ |
![]() |
Gambaran pencetus Revolusi Syria |
Road show “Dari
Syam Kepada Alam” ini, telah dilakukan di kawasan Sabah seperti Kundasang,
Tambunan, Tawau, Lahad Datu dan beberapa kawasan lain sebelum diadakan di Kota
Kinabalu. Seramai 21 orang skuad celik telah berjaya melaksanakan aksi senyap
selama 5 minit sementara risalah penerangan isu Syria diedarkan kepada orang
ramai yang berada di tempat berkenaan.
Dalam ucapan terima
kasih, pengarah program, Mohd Shahfieq Sabdin turut menyelitkan harapan
beliau kepada skuad bimbingannya selepas menamatkan Flash Mob, “Semoga apa yang
dilakukan kita pada hari ini mendapat keredhaan Allah SWT dan mampu
menyelamatkan diri kita apabila di tanya di akhirat kelak.”
![]() |
Kami Peduli!! |
0 comments:
Post a Comment