Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
27 dan 28 Julai yang lalu, Persatuan
Siswazah Sabah Kota Kinabalu dan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu telah
melaksanakan tanggungjawab dan kerja kemasyarakatan mereka di Sekolah Rendah
Islam Al-Hafidz Bandar Sierra. Program yang dikenali sebagai Program Mesra
Maktabah telah meyaksikan penglibatan ahli PSS KK dan KRU KK secara total.
![]() |
Proses lakaran |
Program
ini merupakan program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Exco Masyarakat Dan
Siswazah PSS KK dan pihak sekolah.
Program kali ini bertujuan untuk mengias
kawasan perpustakaan sekolah di samping membina jaringan perhubungan yang baik
kepada pihak sekolah. Persekitaran sekolah yang cantik dan kondusif sememangnya
mampu menarik perhatian dan meningkatkan motivasi pelajar sekolah. Ianya juga
bakal membina budaya membaca dalam kalangan pelajar.
Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar
Sierra merupakan salah satu sekolah yang memfokuskan pembinaan akhlak
berteraskan silibus pendidikan Rasulullah. Kokurikulum sekolah ini juga turut
memuatkan sunnah-sunnah Rasullullah untuk diamalan oleh pelajar sekolah.
Ternyata, suasana pembelajaran yang
kondusif mampu meningkatkan minat para pelajar untuk menuntut ilmu.
Pengarah program, saudari Irawan Ridduan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PSSKK & KRUKK yang turun padang
bagi bersama menghias kawasan perpustakaan Baitul Hikmah. Katanya ketika
ditemui, "sekalung tahniah dan terima kasih
kepada ahli PSSKK & KRUKK yang terlibat dalam menjaya program ini. Semoga usaha
yang kecil ini mampu melahirkan cendekiawan-cedekiawan Islam suatu hari nanti".
![]() |
Antara ahli PSSKK yang turun bersama |
0 comments:
Post a Comment