Monday, August 13, 2012

Program Riadah Cintai Ramadhan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pada 11 Ogos 2012 yang lepas, PSS Kota Kinabalu bersama KRU Kota Kinabalu telah berjaya melaksanakan sebuah program berbentuk santai; Riadah Cintai Ramadhan bertempat di Taman Awam Teluk Likas. Ini merupakan program berbentuk santai yang kedua diadakan di tepi pantai selepas program Jelajah Semesta Iman pada Februari lepas.

Slot pertama program ialah study group subjek Mathematics bersama fasilitator yang terdiri daripada sahabat-sahabat PSS KK. Peserta-peserta yang mengikuti study group ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 3,4 dan 5. Manakala peserta yang terdiri daripada pelajar Pra-Universiti duduk dalam halaqah dan mendengar pengisian daripada fasilitator mereka.

Para peserta sedang khusyuk mendengar
Selesai study group, para peserta bersama AJK dan fasilitator menunaikan solat Zuhur berjemaah. Program diteruskan lagi ke slot kedua iaitu mendengar perkongsian berkenaan isu Syria daripada Ustaz Nadir Al-Nuri, merupakan bekas Timb. Presiden PSS yang sedang menuntut di Syria. Perkongsian yang disampaikan secara santai ini memudahkan para peserta memahami isu yang sedang berlaku di Syria.

Slot ketiga ialah group task. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Mereka diberi tugasan berkenaan Ramadhan dan Aidilfitri, seterusnya diminta mempersembahkan hasil tugasan masing-masing. Group task ini bertujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam berkenaan bulan Ramadhan dan yang berkaitan dengannya, disamping melatih para peserta agar lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

Usai slot ketiga, semua yang terlibat pada program kali ini bergambar bersama sebagai kenangan program. Semoga input yang diperoleh daripada program Riadah Cintai Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan dikongsikan bersama mereka yang tidak berpeluang bersama pada kali ini.

Pengerusi KRUKK, saudara Sarip menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan, Ustaz Nadir

Berpuasa tidak menghalang kita untuk beriadah. Moga bertemu lagi kita dengan Ramadhan akan datang. InsyaAllah.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More